ERA Digital Muzik Awards 2020

ERA Digital Muzik Awards 2020 ialah penganjuran kelima bagi ERA Digital Muzik Awards yang diadakan pada 25 Januari 2021, dihoskan oleh tiga penyampai Era, iaitu Danial Zaini, Ray dan Isha Norsham. Enam kategori yang dipertandingkan termasuk Artis Baru Baek, Lagu Featuring Hit, Lagu Viral Onz, Fan Club Paling Ngam, dan dua kategori baharu iaitu Artis Norma Baharu dan Influencer PKP ERA dalam EDMA 2020 pada tahun ini. Dua kategori baharu diperkenalkan dalam EDMA 2020 bertujuan memberi penghargaan kepada penyanyi tempatan dan selebriti media sosial yang telah menghiburkan rakyat Malaysia semasa perintah kawalan pergerakan (PKP) akibat pandemik COVID-19 di Malaysia.[1]

ERA Digital Muzik Awards 2020

Tarikh 25 Januari 2021
Penghargaan Mengiktiraf bakat tempatan melalui penggunaan media sosial dan platform digital
Disampaikan oleh
Laman web rasmi edma.era.fm
Negara Malaysia